Penubuhan TSR

JAN 1 – 2009

PUSAT PERANCANGAN KORPORAT DAN iPMO (INSTITUTIONAL PROJECT AND MANAGEMENT OFFICE)

Bermula pada 1 Januari 2009, Pusat Perancangan Korporat dan iPMO (Institutional Project Management Office) telah ditubuhkan bagi menjalankan fungsi berkaitan perancangan objektif korporat universiti dan sebagai pejabat pengurusan projek universiti.

MEI 1 – 2011

BAHAGIAN PERANCANGAN KORPORAT & iPMO, CANSELORI

Pada 1 Mei 2011, Pusat Perancangan Korporat & iPMO telah ditukar kepada Bahagian Perancangan Korporat dan iPMO di bawah Canselori UMT.

FEB 1 – 2013

PUSAT TRANSFORMASI, PERANCANGAN STRATEGIK DAN RISIKO (TSR)

Pada 1 Februari 2013, Bahagian Perancangan Korporat dan iPMO telah ditransformasi kepada Pusat Transformai, Perancangan Strategik dan Risiko (TSR). Fungsi utama TSR adalah dalam membuat perancangan strategik universiti melalui Pelan Perancangan Strategik UMT (PSUMT). Fungsi kedua TSR adalah menguruskan risiko universiti dengan melaksanakan pemantauan, penilaian risiko projek dan sebagai penasihat kepada Pusat Tanggungjawab (PTj) di dalam UMT berkenaan pengurusan risiko.