BAHAGIAN PENGURUSAN RISIKO DAN PERANCANGAN STRATEGIK

SEKSYEN PENGURUSAN RISIKO

  • Berperanan sebagai perantara bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Risiko (JKPR) peringkat PTj.
  • Membangun dan mengendalikan Sistem Pengurusan Risiko (SPRU).
  • Mengendalikan siri bengkel bersama PTj bagi proses penyediaan dan pemurnian laporan/daftar risiko.
  • Memastikan laporan penilaian risiko dikemaskini dan tersedia sebagai dokumen sokongan untuk pensijilan ISO/ISMS.
  • Menyelaras dan memantau daftar risiko berserta pelaksanaan kawalan tambahan bagi mengurangkan risiko serta menyediakan laporan perkembangan kepada pihak berkaitan.
  • Menyediakan pelaporan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU)/ Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (JKPAR).
  • Mengawal selia pelaksanaan Kerangka Pengurusan Risiko serta Polisi Pengurusan Risiko.
  • Mengurus dan melaksanakan proses penilaian atau audit risiko berdasarkan rancangan tahunan BPR/ arahan minit mesyuarat/ permohonan daripada PTj terlibat.
  • Mengurus dan menjalankan penilaian risiko dan analisa impak perkhidmatan.
  • Menyelaras dan memantau daftar risiko berserta pelaksanaan kawalan tambahan bagi mengurangkan risiko serta menyediakan laporan perkembangan kepada pihak berkaitan.
  • Menyediakan pelaporan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU)/Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (JKPAR).

SEKSYEN PERANCANGAN STRATEGIK

  • Menyelaras pembangunan dokumen Pelan Strategik UMT (PSUMT)
  • Menyediakan laporan ranking universiti di peringkat antarabangsa seperti Times Higher Education (THE), Quacquarelli Symonds (QS), UI GreenMetric dan lain-lain
  • Menyediakan laporan keputusan penarafan universiti bagi sistem MyMohes, SETARA dan MyRA
  • Menyediakan laporan Outcom Based Budgeting (OBB), RMKe-12, dan Memorandum Jemaah Menteri (MJM).
  • Menyediakan laporan hasil analisis pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PTj
  • Bertindak sebagai urusetia bagi JK induk Penarafan dan Strategi Universiti (JKPSI) serta Jawatankuasa Strategi Penarafan Universiti (JKPSU).