5 September 2024 – Pejabat Transformasi, Perancangan Strategik, dan Risiko (TSR), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan lawatan penanda aras bagi sistem pengurusan data di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dan UCSI Cheras. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat prosedur dan proses pengurusan data yang digunakan oleh kedua buah universiti.