29 Ogos 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat julung kalinya menganjurkan Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan Risiko Universiti Awam (SPARK-RISK 23) yang diadakan di The Everly Hotel, Putrajaya. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) antara 20 buah universiti awam sebagai penganjur bersama seminar tersebut.
Tujuan seminar ini diadakan adalah sebagai platform perkongsian amalan pengurusan risiko dikalangan universiti awam di Malaysia.
Antara perkongsian yang dibentangkan termasuklah tadbir, sistem dan pembudayaan pengurusan risiko di universiti, serta penilaian risiko projek di setiap universiti.