14-Oktober 2023 | Bengkel Pelan Strategik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2023-2027 telah diadakan pada 14 Oktober 2023 di The Everly Hotel Putrajaya. Bengkel tersebut dianjurkan oleh Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko (TSR) bagi membentangkan Pelan Strategik UMT 2023-2027 kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Malaysia Terengganu.