Pejabat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:
BAHAGIAN PENTADIBIRAN DAN KEWANGAN
SEKSYEN PENTADBIRAN
- Menguruskan hal ehwal asas sumber manusia – latihan dan kompetensi, cuti dan lain-lain.
- Menguruskan fail jabatan.
- Menguruskan stor dan inventori.
- Menguruskan perkhidmatan pelanggan jabatan.
- Menguruskan keperluan mesyuarat dan bengkel.
- Menguruskan mesyuarat pengurusan jabatan.
- Menguruskan hal ehwal keselamatan jabatan.
SEKSYEN KEWANGAN
- Menguruskan hal ehwal kewangan TSR.
- Menguruskan perolehan/bekalan dan perkhidmatan jabatan
- Mengurus, menyelenggara dan melupus aset jabatan
- Menguruskan pelupusan aset jabatan.
- Menguruskan peruntukan dan prestasi perbelanjaan jabatan.
- Menguruskan peruntukan dan prestasi perbelanjaan jabatan
BAHAGIAN PENGURUSAN RISIKO DAN PERANCANGAN STRATEGIK
SEKSYEN PENGURUSAN RISIKO
- Berperanan sebagai perantara bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Risiko (JKPR) peringkat PTj.
- Membangun dan mengendalikan Sistem Pengurusan Risiko (SPRU).
- Mengendalikan siri bengkel bersama PTj bagi proses penyediaan dan pemurnian laporan/daftar risiko.
- Memastikan laporan penilaian risiko dikemaskini dan tersedia sebagai dokumen sokongan untuk pensijilan ISO/ISMS.
- Menyelaras dan memantau daftar risiko berserta pelaksanaan kawalan tambahan bagi mengurangkan risiko serta menyediakan laporan perkembangan kepada pihak berkaitan.
- Menyediakan pelaporan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU)/ Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (JKPAR).
- Mengawal selia pelaksanaan Kerangka Pengurusan Risiko serta Polisi Pengurusan Risiko.
- Mengurus dan melaksanakan proses penilaian atau audit risiko berdasarkan rancangan tahunan BPR/ arahan minit mesyuarat/ permohonan daripada PTj terlibat.
- Mengurus dan menjalankan penilaian risiko dan analisa impak perkhidmatan.
- Menyelaras dan memantau daftar risiko berserta pelaksanaan kawalan tambahan bagi mengurangkan risiko serta menyediakan laporan perkembangan kepada pihak berkaitan.
- Menyediakan pelaporan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU)/Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (JKPAR).
SEKSYEN PERANCANGAN STRATEGIK
- Menyelaras pembangunan dokumen Pelan Strategik UMT (PSUMT)
- Menyediakan laporan ranking universiti di peringkat antarabangsa seperti Times Higher Education (THE), Quacquarelli Symonds (QS), UI GreenMetric dan lain-lain
- Menyediakan laporan keputusan penarafan universiti bagi sistem MyMohes, SETARA dan MyRA
- Menyediakan laporan Outcom Based Budgeting (OBB), RMKe-12, dan Memorandum Jemaah Menteri (MJM).
- Menyediakan laporan hasil analisis pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PTj
- Bertindak sebagai urusetia bagi JK induk Penarafan dan Strategi Universiti (JKPSI) serta Jawatankuasa Strategi Penarafan Universiti (JKPSU).
BAHAGIAN PENGURUSAN DATA
SEKSYEN DATA ANALITIK
- Menyediakan sasaran MyRA, SETARA dan OBB
- Melaksanakan analisis data PTj dan universiti bagi tujuan pemantauan KPI
- Melaksanakan analisis pencapaian ranking dan penarafan universiti di peringkat antarabangsa dan tempatan.
- Melakukan ramalan prestasi PTj dan universiti secara berkala
- Menyediakan hasil analisis data dan peramalan bagi tujuan memandu proses pembuatan keputusan oleh pihak pengurusan universiti
- Membangunkan polisi pengurusan data universiti yang tersusun dan komprehensif
SEKSYEN DATA RAYA
- Menyelaras aktiviti pengumpulan data uiversiti bersama penyelaras data di PTj
- Melaksanakan pengurusan data universiti yang tersusun bagi memenuhi agenda strategik universiti
- Menguruskan penghantaran data kepada pihak berkenaan (THE, QS, UI GreenMetric) dan lain-lain bagi tujuan ranking universiti
- Menguruskan penghantaran data kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi keperluan MyMohes, SETARA dan MyRA untuk tujuan penarafan universiti di peringkat tempatan
- Menyelaras aktiviti pengumpulan data bagi tujuan pelaporan OBB dan RMKe-12 kepada KPT
- Menyelaras aktiviti pengumpulan data bagi keperluan PSUMT dan pelaporan pencapaian Research, Teaching and Services (RTS)