BAHAGIAN

Pejabat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:


BAHAGIAN PENTADIBIRAN DAN KEWANGAN

SEKSYEN PENTADBIRAN

  • Menguruskan hal ehwal asas sumber manusia – latihan dan kompetensi, cuti dan lain-lain.
  • Menguruskan fail jabatan.
  • Menguruskan stor dan inventori.
  • Menguruskan perkhidmatan pelanggan jabatan.
  • Menguruskan keperluan mesyuarat dan bengkel.
  • Menguruskan mesyuarat pengurusan jabatan.
  • Menguruskan hal ehwal keselamatan jabatan.

SEKSYEN KEWANGAN

  • Menguruskan hal ehwal kewangan TSR.
  • Menguruskan perolehan/bekalan dan perkhidmatan jabatan
  • Mengurus, menyelenggara dan melupus aset jabatan
  • Menguruskan pelupusan aset jabatan.
  • Menguruskan peruntukan dan prestasi perbelanjaan jabatan.
  • Menguruskan peruntukan dan prestasi perbelanjaan jabatan

BAHAGIAN PENGURUSAN RISIKO DAN PERANCANGAN STRATEGIK

SEKSYEN PENGURUSAN RISIKO

  • Berperanan sebagai perantara bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Risiko (JKPR) peringkat PTj.
  • Membangun dan mengendalikan Sistem Pengurusan Risiko (SPRU).
  • Mengendalikan siri bengkel bersama PTj bagi proses penyediaan dan pemurnian laporan/daftar risiko.
  • Memastikan laporan penilaian risiko dikemaskini dan tersedia sebagai dokumen sokongan untuk pensijilan ISO/ISMS.
  • Menyelaras dan memantau daftar risiko berserta pelaksanaan kawalan tambahan bagi mengurangkan risiko serta menyediakan laporan perkembangan kepada pihak berkaitan.
  • Menyediakan pelaporan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU)/ Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (JKPAR).
  • Mengawal selia pelaksanaan Kerangka Pengurusan Risiko serta Polisi Pengurusan Risiko.
  • Mengurus dan melaksanakan proses penilaian atau audit risiko berdasarkan rancangan tahunan BPR/ arahan minit mesyuarat/ permohonan daripada PTj terlibat.
  • Mengurus dan menjalankan penilaian risiko dan analisa impak perkhidmatan.
  • Menyelaras dan memantau daftar risiko berserta pelaksanaan kawalan tambahan bagi mengurangkan risiko serta menyediakan laporan perkembangan kepada pihak berkaitan.
  • Menyediakan pelaporan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU)/Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (JKPAR).

SEKSYEN PERANCANGAN STRATEGIK

  • Menyelaras pembangunan dokumen Pelan Strategik UMT (PSUMT)
  • Menyediakan laporan ranking universiti di peringkat antarabangsa seperti Times Higher Education (THE), Quacquarelli Symonds (QS), UI GreenMetric dan lain-lain
  • Menyediakan laporan keputusan penarafan universiti bagi sistem MyMohes, SETARA dan MyRA
  • Menyediakan laporan Outcom Based Budgeting (OBB), RMKe-12, dan Memorandum Jemaah Menteri (MJM).
  • Menyediakan laporan hasil analisis pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PTj
  • Bertindak sebagai urusetia bagi JK induk Penarafan dan Strategi Universiti (JKPSI) serta Jawatankuasa Strategi Penarafan Universiti (JKPSU).

BAHAGIAN PENGURUSAN DATA

SEKSYEN DATA ANALITIK

  • Menyediakan sasaran MyRA, SETARA dan OBB
  • Melaksanakan analisis data PTj dan universiti bagi tujuan pemantauan KPI
  • Melaksanakan analisis pencapaian ranking dan penarafan universiti di peringkat antarabangsa dan tempatan.
  • Melakukan ramalan prestasi PTj dan universiti secara berkala
  • Menyediakan hasil analisis data dan peramalan bagi tujuan memandu proses pembuatan keputusan oleh pihak pengurusan universiti
  • Membangunkan polisi pengurusan data universiti yang tersusun dan komprehensif

SEKSYEN DATA RAYA

  • Menyelaras aktiviti pengumpulan data uiversiti bersama penyelaras data di PTj
  • Melaksanakan pengurusan data universiti yang tersusun bagi memenuhi agenda strategik universiti
  • Menguruskan penghantaran data kepada pihak berkenaan (THE, QS, UI GreenMetric) dan lain-lain bagi tujuan ranking universiti
  • Menguruskan penghantaran data kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi keperluan MyMohes, SETARA dan MyRA untuk tujuan penarafan universiti di peringkat tempatan
  • Menyelaras aktiviti pengumpulan data bagi tujuan pelaporan OBB dan RMKe-12 kepada KPT
  • Menyelaras aktiviti pengumpulan data bagi keperluan PSUMT dan pelaporan pencapaian Research, Teaching and Services (RTS)